Saturday, May 15, 2010

Test power di Bukit 300

Tarikh 15/05/2010 buat pertama kali aku nak try
buat kayuhan di area Nibong Tebal.Kali ini hanya
aku dan Shidee saja dari team gerek kulim yang
dapat join untuk kayuhan.Kayuhan bermula dari
Taman Jawi Indah dan menuju destinasi seperti yang
telah dirancangkan iaitu Bukit 300.
Kali ini hanya 5 orang saja (2 org GK dan 3 org
otai dari Taman Jawi Indah).Geng GK yang lain tak
dapat join saat2 akhir..
Start kayuhan tepat pukul 0730am dan berakhir pada
pukul 1100am.Jarak kayuhan aku tak pasti sebab hari
ini gerek aku tak pasang meter.Boleh dikatakan trip
kali lebih kurang sama dgn kayuhan naik puncak TO'KUN.
Lepas layan uphill biasa la layan downhill la pulak,
Menurut Shidee berdasarkan meter gerek dia max kelajuan
masa layan downhill ialah 70km/jam...laju tuuu.
Semasa kayuhan balik baru la aku tau kat Nibong Tebal
ni ada penjara..Besar sungguh penjara Penang yang baru ni.
Possing masa kayuh takda buat kali ni sebab susah
sikit nak guna camera dari HPhone masa kayuh.
Apa-apa pun kayuhan kali ini boleh dianggap sebagai
warm-up untuk kayuhan Jelapang pada tarikh 22/05/10.

Sekian..Adios




















Possing dgn 2 jentera aku selepas kayuhan




















Shidee bersama gerek barunya dan secara tak langsung nak
bgtau keta dia spoiler baru...hehehe jangan marah kawan





















Persiapan sebelum kayuhan bermula..Shidee yang masih tak faham
perangai gerek baru dia..so ambil masa sikit nak setting




















Permandangan yang sempat aku rakam dari Bukit 300





















Bersama Otai-otai dari Taman Jawi Indah..Next time kita
buat kayuhan off road pulak yer..Diaorang ni memang best




















Shidee yang masih tak puas hati sebab ada bunyi tikus tersepit
masa kayuhan


Pencawang sebagai bukti aku telah berjaya sampai puncak
Bukit 300...

No comments:

Post a Comment