Saturday, August 21, 2010

Peronda Malam edisi 2 - Kulim

Peronda Malam kembali lagi untuk kali yang kedua.Kali ini kayuhan disertai oleh seramai 7 org riders sahaja.Kayuhan bermula tepat pada pukul 2300pm dan cuaca pada kali ini memang cantik...tak hujan seperti minggu yang lepas.Setibanya di KHTP kami terserempak dengan 2 group MTB tapi tak pasti dari geng mana,cuma 1 gruop saja yang dapat berkenalan iaitu geng dari Taman Selasih...makna nya ramai jugak yang layan kayuh malam minggu ni.Plan kayuhan malam - Takumie ~ KHTP ~ PoliKulim ~ Kota Kenari ~ Kulim ~ IPD Kulim ~ Ayer Merah ~ Taman Selasih ~ Giant ~ Lunas ~ Takumie....Kesemua laluan yang telah dilalui hanya mencapai jarak kayuhan sebanyak 37.68km,tambahan sebanyak 7km berbanding dengan kayuhan malam minggu yang lepas...Sessi sembang2 selepas kayuh destinasi pilihan untuk minggu hadapan adalah Takumie Workshop Sg.Seluang ~ BORR ~ Takumie Workshop Sg.Seluang....macamana pun keputusan belum muktamat lagi
Sekian.....Adios

Shahrul Azni - Chaon

Mohd Nizam - Mat

Nirwan - D-One

Amir

Naset - Penghulu Gkulim

Syarul

Apalah yang melucukan sangat tu...PakSu

Mana boleh jadi hangpa semua guna tayar on-road...Amir menukar tayar
tractor type ke sotong type dibantu oleh Mat,Time ni dah pukul 2245pm....

Teguran Penghulu kepada PakSu atas kesalahan minggu lepas.
"Kayuh jangan dok tengah jalan,dok tepi sikit"

Gerek PakSu minggu lepas takda lampu...baru beli bateri dan
progress memasang lampu...dibantu oleh D-One

Serios vs Senyum

Re-group semula didepan Politeknik Kulim kerana ada yang tertinggal
"Kayuh sama2 sampai pun sama2"

Friday, August 20, 2010

Jamuan Ramadhan di KGC

Seperti kebiasaan bulan Ramadhan pasti akan ada jamuan berbuka puasa untuk staff tempat aku kerja.Untuk kali ni jamuan berbuka puasa yang pertama pada 2010 dimulakan dengan tajaan dari company STETS.Jamuan kali ini diadakan di Kulim Golf Club.Jemputan untuk semua staff tapi yang dapat hadir dalam 30 orang jer....yang lain tak dapat hadir sebab berbuka dgn family agaknya.Oleh kerana masing2 sibuk dgn kerja kebanyakan dari staff datang terus dari tempat kerja untuk bersama-sama berbuka puasa.Minggu depan harap2 akan lebih ramai staff yang join baru lah meriah
Sekian......Adios
Awal lagi...makanan pun tak penuh meja lagi

Nie yang aku segan sangat,nak merasai kambing golek nak kena Q-up dulu.Kelihatan 2 org Eggr dari tempat keja yang sama....depan sekali Suhaimi dan yang senyum sambil menunjukan peace tu adalah Cik Hidayah

Aku dan rakan seperjuangan Azizi namanya.Masa nie 1/4 meja dah dipenuhi dgn juadah...tak habis ambik lagi ni....hahaha


Saturday, August 14, 2010

Peronda Malam - Kulim

Dapat sms sekitar 1600pm dari sahabat GKulim menyatakan hasrat untuk kayuhan malam sekitar bandar Kulim selepas solat terawih...apa lagi aku yang pantang diajak kira "ON" jer.Plan kayuhan bermula pada pukul 2230pm tapi oleh kerana masing2 baru nak setting lampu so kayuhan bermula lewat 30min iaitu pukul 2300pm.Kayuhan bermula dgn cuaca elok tetapi dipertengahan hujan punya la lebat...namun tetap diteruskan jua.Destinasi kali ini bermula dari Takumie Workshop~KHTP~PoliKulim~Kulim~Giant~Lunas~Takumie Workshop
Riders yang join - Aku,Naset,Mat Nizam,D-One,Syarul,PakSu dan Yusof
Sekian......Adios

Gambar atas dan bawah lokasi sama Highway Lunas cuma ada rider yang jadi cameraman so kena bagi adil sebab sama2 kayuh..kesemua rider 7 orang


Penghulu buat persiapan maklum la lama dah tak kayuh malam so masa ni la nak cari balik lampu dan nak buat setting

Nak kena setting elok2 nie.....Mat Nizam

Baru sekilo kayuh berenti Petronas Sg Seluang cari bekalan air dulu.D-One punya la dahaga,teruk puasa hari ni habis lagi dah nak kayuh



Possing di lokasi hadapan Pejabat Pendaftaran Kulim

Jarak kayuhan pertama bulan Ramadhan - 30.59km

Saturday, August 7, 2010

Layan Perwaja Trek

Permandangan Gunung Jerai dari kejauhan yang dapat aku rakamkan buat kenangan


Seperti yang telah dirancang selama 2 minggu akhirnya pada tarikh 7hb August aku dan rakan2 MTB melayan trek Perwaja walaupun jumlah riders kali ni tak berapa ramai iaitu sebanyak 15 riders termasuk 5 riders dari Perwaja MTB selaku tuan rumah.

Antara riders yang hadir untuk kayuhan kali ini:

Perwaja MTB - Halim,Yusri,Amir,Badri dan Fendi
Gerek Kulim - Mat Nizam,Naset,PakSu dan Aku ( Chaon )
KS Cycle - Arip,Jefri dan Jamil
Gerek Bukit - Md Romdzi,Nazir dan Cikgu Din

Kayuhan kali ini bermula pada pukul 0800am dan berakhir pada 1100am.
Menurut Halim ada 3 bukit lagi yang tak sempat diterjah ada sedikit kesulitan.
Apa2 pun kayuhan kali ini kepuasannya seperti kebiasaan memang puas hati.
Balance 3 bukit lagi kami plan nak bagi complete lepas raya ni.
Terima Kasih banyak2 kepada Brother Halim selaku Leader dan rakan2
pada kayuhan kali ini dan harapan kami semoga jamboree anjuran
Perwaja MTB club akan beroleh kejayaan.....

Gambar selebihnya boleh la layan facebook OK

Sekian.....Adios


Sessi bergambar sebelum kayuhan bermula


Diantara 12/15 riders yang meneruskan kayuhan sehingga bukit yang terakhir kali ini.3 riders lagi check out awal atas sebab2 yang tak dapat dielakkan


Pemulaan offroad setelah lebih kurang 5 km kayuhan onroad


Md Romdzi dari Gerak Bukit


Yusri - Setiausaha Perwaja MTB yang bertindak sebagai salah sorang pertunjuk arah pada kayuhan kali ini

Bro Jefri - KS Cycle...memang kuat mamat ni


Kalau tak silap aku nama dia Fendi,juga salah sorang penunjuk arah dari geng Perwaja MTB...Memang kuat kayuh naik bukit sambil senyum jer tuuuu


Halim - Bendahari Perwaja MTB.Orang yang berurusan dgn aku untuk kayuhan kali ini


Siapa yang tak kenal dgn mamat ni...Naset selaku penghulu Gerek Kulim.Berkilat fork kawan...hehehe habuan dari NTMTB'10

Cikgu Din - Gerek Bukit


Mat Nizam,Chaon dan Badri Perwaja MTB


Halim jugak bertindak sebagai sweeper pada kayuhan kali ini

Sessi ambik nyawa yang pertama



Naset dan Jamil KS Cycle


Hero filem tamil nak lalu so kena beralah

Yang tengah dok atas gerek tu Bro Arip KS Cycle



Org baru Gerek Kulim tapi punya la kuat....PakSu Burger panggilan manja dari kawan2 yang lain ( Tauke Burger Sg.Seluang )


Bro Amir - Otai ni...3 tahun dah bergiat dalam dunia MTB,selaku penunjuk arah juga pada kayuhan kali ini

Berehat di Bukit yang di beri nama Bukit Judi ( Casino )


Sessi rawatan kepada salah sorang rider yang jatuh semasa downhill...Doctor yang bertugas kali ini takda tauliah Dr.Mat Nizam.....TQ friend

Helmet Cikgu Din yang pecah...cuba bayangkan kalau ride tak pakaii helmet....hilang telinga la jawapnya...Peringatan untuk semua riders MTB


Kenangan gambar terakhir sebelum menamatkan sessi pendakian bukit pada hari ini di Trek PERWAJA