Saturday, August 7, 2010

Layan Perwaja Trek

Permandangan Gunung Jerai dari kejauhan yang dapat aku rakamkan buat kenangan


Seperti yang telah dirancang selama 2 minggu akhirnya pada tarikh 7hb August aku dan rakan2 MTB melayan trek Perwaja walaupun jumlah riders kali ni tak berapa ramai iaitu sebanyak 15 riders termasuk 5 riders dari Perwaja MTB selaku tuan rumah.

Antara riders yang hadir untuk kayuhan kali ini:

Perwaja MTB - Halim,Yusri,Amir,Badri dan Fendi
Gerek Kulim - Mat Nizam,Naset,PakSu dan Aku ( Chaon )
KS Cycle - Arip,Jefri dan Jamil
Gerek Bukit - Md Romdzi,Nazir dan Cikgu Din

Kayuhan kali ini bermula pada pukul 0800am dan berakhir pada 1100am.
Menurut Halim ada 3 bukit lagi yang tak sempat diterjah ada sedikit kesulitan.
Apa2 pun kayuhan kali ini kepuasannya seperti kebiasaan memang puas hati.
Balance 3 bukit lagi kami plan nak bagi complete lepas raya ni.
Terima Kasih banyak2 kepada Brother Halim selaku Leader dan rakan2
pada kayuhan kali ini dan harapan kami semoga jamboree anjuran
Perwaja MTB club akan beroleh kejayaan.....

Gambar selebihnya boleh la layan facebook OK

Sekian.....Adios


Sessi bergambar sebelum kayuhan bermula


Diantara 12/15 riders yang meneruskan kayuhan sehingga bukit yang terakhir kali ini.3 riders lagi check out awal atas sebab2 yang tak dapat dielakkan


Pemulaan offroad setelah lebih kurang 5 km kayuhan onroad


Md Romdzi dari Gerak Bukit


Yusri - Setiausaha Perwaja MTB yang bertindak sebagai salah sorang pertunjuk arah pada kayuhan kali ini

Bro Jefri - KS Cycle...memang kuat mamat ni


Kalau tak silap aku nama dia Fendi,juga salah sorang penunjuk arah dari geng Perwaja MTB...Memang kuat kayuh naik bukit sambil senyum jer tuuuu


Halim - Bendahari Perwaja MTB.Orang yang berurusan dgn aku untuk kayuhan kali ini


Siapa yang tak kenal dgn mamat ni...Naset selaku penghulu Gerek Kulim.Berkilat fork kawan...hehehe habuan dari NTMTB'10

Cikgu Din - Gerek Bukit


Mat Nizam,Chaon dan Badri Perwaja MTB


Halim jugak bertindak sebagai sweeper pada kayuhan kali ini

Sessi ambik nyawa yang pertama



Naset dan Jamil KS Cycle


Hero filem tamil nak lalu so kena beralah

Yang tengah dok atas gerek tu Bro Arip KS Cycle



Org baru Gerek Kulim tapi punya la kuat....PakSu Burger panggilan manja dari kawan2 yang lain ( Tauke Burger Sg.Seluang )


Bro Amir - Otai ni...3 tahun dah bergiat dalam dunia MTB,selaku penunjuk arah juga pada kayuhan kali ini

Berehat di Bukit yang di beri nama Bukit Judi ( Casino )


Sessi rawatan kepada salah sorang rider yang jatuh semasa downhill...Doctor yang bertugas kali ini takda tauliah Dr.Mat Nizam.....TQ friend

Helmet Cikgu Din yang pecah...cuba bayangkan kalau ride tak pakaii helmet....hilang telinga la jawapnya...Peringatan untuk semua riders MTB


Kenangan gambar terakhir sebelum menamatkan sessi pendakian bukit pada hari ini di Trek PERWAJA

No comments:

Post a Comment