Sunday, May 30, 2010

HTR IPOH 2010

HTR IPOH - 30/05/2010
Kali aku dan family memeriahkan majlis.
Pada tarikh 29/05/2010 aku dah pun berada di Ipoh
dan menginap homestay.Sahabat2 lain Zizan dan Shidee
jugak dah berada di Ipoh pada petang hari sabtu bersama
family diaorang.Geng GK yang lain sampai di Ipoh tepat
pada pukul 2230pm.Kali ni disebabkan mai bujang diaorang
sewa van yang boleh memuatkan 6 buah basikal.
HTR JAMBOREE memang mencabar minda kalau nak di bandingkan
dgn jamboree lain yang pernah aku sertai...dapat information
3 orang jugak la masuk hospital.Kayuhan 50km penuh dengan
cabaran bukit dan downhill.Apa2 pun lagi sekali aku berjaya
menamatkan kayuhan bersama geng GK yang lain.Geng GK lain yang
tamat kayuhan Shidee,Zizan,Amir dan Naset.Yang lain tewas
pujukan air buah selepas check point 2...hahaha
Tahniah semua riders dari GEREK KULIM dan untuk
pihak penganjur trek mencabar tapi air kehabisan di check
point 4 yang mendatangkan marah semua riders yang menyertai
HTR IPOH...tolong ambik perhatin dan perbaiki kekurangan.

Geng GKulim yang menyertai HTR Ipoh 2010

Team Kapten - Zizan
Penghulu - Naset
Ahli2 - Chaon,Dieone,Shidee,Mat,Farid,Aket,Amir.

Sekian...Adios




















No plate milik aku....Penuh sticker tu




















Possing dgn jentera kat homestay




















Kenangan bersama family





















Jentera aku yang tak seberapa harganya




















Antara tempat yang menarik di Tambun...keluarkan peluh
diwaktu malam
























Sahabat2 ku menikmati makan malam..diaorang
ni baru sampai so lapar gila..Kelihatan juga Zizan
yang lama tak jumpa.






















Sessi permunggahan basikal sebelum kayuhan bermula






















Antara artis yang sentiasa menyahut cabaran MTB




















Senyuman penghulu GK(Naset)yang bertekat utk
menamatkan kayuhan




















Jentera aku dan Naset...sessi ambik power























Naset dan Amir tiba di garisan penamat..
dapat medal tuuu

























Suasana menunggu penutup jamboree..kelihatan Amir
sampai terlena....letih gila2

Saturday, May 22, 2010

Kayuhan Jelapang 2010

Pukul 6.30am aku sampai ke destinasi kayuhan Alor Setar
Kayuhan kali ini diberi nama Kayuhan Jelapang 2010.
Waktu ni hujan sangat lebat membuatkan aku jadi berbelah-bagi
nak kayuh atau pun tidak...macamana pun setelah membaca ayat
di nombor plate "Tiada alasan untuk tidak kayuh"semangat
kayuh datang balik.
Kali ini hanya 2 orang saja dari Gerek Kulim aku dan Shidee.
Geng yang lain semua simpan tenaga dan jaga kaki untuk
menyahut cabaran HTR Ipoh pada 30/05...Target nak dapat top
ranking la tu kat HTR Ipoh...hehehe
Kayuhan jelapang bermula pada pukul 8.00am dan dilepaskan
oleh Sultan Kedah...menurut penganjur la sebab aku pun tak
nampak siapa yang lepaskan.Jumlah peserta kali ini 400++.
Kali ini best sikit pasal kayuhan bermula dari dalam
Stadium Darul Aman..merasa jugak la kayuh dalam stadium.
Trek Jelapang memang best kalau nak dibandingkan dengan
trek bendang..Jelapang lagi mencabar walaupun tiada bukit.
Tahniah buat pihak penganjur untuk Kayuhan Jelapang.
Sambutan di yang diberikan kepada peserta2 yang
habis kayuhan jugak sempoi...
Aku dan Shidee berjaya menghabiskan kayuhan sejauh
50km dengan jaya nya...walaupun pada mulanya berbelah-bagi.

Sekian...Adios...jumpa di HTR Ipoh pulak




















Rizal(Gerek Bukit) dan Shidee..possing sebelum kayuh




















Sessi taklimat oleh pihak penganjur

























Permandangan yang sempat aku ambil sambil berkayuh




















Keadaan jentera aku selepas tamat kayuhan




















Shidee menunjukkan bukti tamat kayuhan dgn ranking




















Shahrul(Chaon),Shidee dan Rizal(Gerek Bukit)

Saturday, May 15, 2010

Test power di Bukit 300

Tarikh 15/05/2010 buat pertama kali aku nak try
buat kayuhan di area Nibong Tebal.Kali ini hanya
aku dan Shidee saja dari team gerek kulim yang
dapat join untuk kayuhan.Kayuhan bermula dari
Taman Jawi Indah dan menuju destinasi seperti yang
telah dirancangkan iaitu Bukit 300.
Kali ini hanya 5 orang saja (2 org GK dan 3 org
otai dari Taman Jawi Indah).Geng GK yang lain tak
dapat join saat2 akhir..
Start kayuhan tepat pukul 0730am dan berakhir pada
pukul 1100am.Jarak kayuhan aku tak pasti sebab hari
ini gerek aku tak pasang meter.Boleh dikatakan trip
kali lebih kurang sama dgn kayuhan naik puncak TO'KUN.
Lepas layan uphill biasa la layan downhill la pulak,
Menurut Shidee berdasarkan meter gerek dia max kelajuan
masa layan downhill ialah 70km/jam...laju tuuu.
Semasa kayuhan balik baru la aku tau kat Nibong Tebal
ni ada penjara..Besar sungguh penjara Penang yang baru ni.
Possing masa kayuh takda buat kali ni sebab susah
sikit nak guna camera dari HPhone masa kayuh.
Apa-apa pun kayuhan kali ini boleh dianggap sebagai
warm-up untuk kayuhan Jelapang pada tarikh 22/05/10.

Sekian..Adios




















Possing dgn 2 jentera aku selepas kayuhan




















Shidee bersama gerek barunya dan secara tak langsung nak
bgtau keta dia spoiler baru...hehehe jangan marah kawan





















Persiapan sebelum kayuhan bermula..Shidee yang masih tak faham
perangai gerek baru dia..so ambil masa sikit nak setting




















Permandangan yang sempat aku rakam dari Bukit 300





















Bersama Otai-otai dari Taman Jawi Indah..Next time kita
buat kayuhan off road pulak yer..Diaorang ni memang best




















Shidee yang masih tak puas hati sebab ada bunyi tikus tersepit
masa kayuhan


Pencawang sebagai bukti aku telah berjaya sampai puncak
Bukit 300...

Monday, May 3, 2010

EVENT KTM2010 KULIM











Memang best pengalaman menjadi sweeper ni..
terima kasih kepada penganjur kerana memberi
peluang kepada aku dan rakan-rakan lain merasainya.

Secara tak lansung tugas sweeper ni ialah memberi
semangat kepada peserta yang akhir supaya teruskan
kayuhan hingga ke destinasi...

Syabas dari aku dan rakan2 buat penganjur kerana
akhirnya selesai KTM2010 tanpa ada problem2
yang besar...sikit2 tu biasa la yer.

Sekian....Adios all MTB friends



Bersama Mokhtar yang bertanggung-jawap di CP2





















Real view tanpa guna flash dari camera






















Salah sorang ahli GK yang kayuh saudara usop




















No 3 dari kiri orang lama GKulim saudara Azhar




















Ambil peluang bergambar dgn artis...masa kayuh tak kenal
dah habis baru perasan...mcm ku pernah tengok muka dia nie