Sunday, October 24, 2010

View sempoi D'SgLEMBU

Apamacam sempoi tak...ramai tuu






Date 24/10/2010....kayuhan di area SgLembu&Bukit Lengkok.Kali ramai geng MTB yang join,kalau tak silap aku lebih dari 40 riders kesemuanya.Berkumpul di Taman Perindustrian Machang Indah seawal 0730am sehingga 0830am sebelum kayuhan dimulakan.Hari ini plan nk terjah trek yang pada 2 minggu lepas telah dijadikan laluan event MTB.Memang syok laluan trek nie uphill panjang,downhill junam dan macam2 lagi laa.Hari ini juga rakan2 dari geng S.A.T menunjukkan kekuatan masing2 sebagai amaran untuk cabaran Jamboree KKMTB pada minggu hadapan.Ramai yang join kali nie so tak dapat nk ingat semua nama.....sori yer geng2.Layan la gambar2 dtik kayuhan kali ini dibawah,boleh jugak layan dalam Facebook atau layari http://seluangadventure.blogspot.com/

Sekian.......Adios


Flag off untuk rakan2 yang tak sampai lagi hehe

Bermulanya kayuhan jam 0840am

Sunyi tanpa beliau...itulah Bro AM ( Pmtg Rawa )
D-One...dari penang pagi nie untuk join sekali
2 brother ni dari Perda...lupa pulak nama
diaorang,jangan marah yer sahabat

2 possing menarik dari Mat...yang atas "lagi sikit nak sampai" dan yang bawah
"Tara ni jer...tak rasa apa pun"

La ni baru rasa pendakian bukit yer Bro Mat

Naset....memang kental beliau hari nie,jenuh jugak aku nak ikut

Memasuki single trek pulak




Sessi kongsi pengalaman riders baru dan lama

Sampai awal kali ni Syarul,Naset dan Jeff

Arif...sempat basuh gerek




Siap offer lagi basuh gerek kawan2 yang lain





Macam biasa layan makan lepas penat berkayuh


Tuesday, October 19, 2010

CFAL 2010

CFAL Penang....date 17/10/2010.Kayuhan round island sejauh 80km,ramai yang join kayuhan kali nie lebihkurang 2000++ jugak rider yang ada pada kali nie.Macam2 kerenah dan jenis basikal yang aku lihat join CFAL 2010.....memang menarik sungguh.Kayuhan aku kali ni pun boleh dikatakan kayuhan santai giler2 punya.....punya la banyak rehat.Apa2 pun komen aku cuma ada 2 saja jersey memang cantik dan satu lagi makan memang potong terus selera makan...huhuhu,terpaksa layan nasi briyani kat kedai mamak berhampiran.
Sekian.....Adios

Sporting sungguh Otai ni,berenti kayuh terus bila dipanggil oleh
aku hanya untuk bergambar....gerek dia memang cantik

Rakan2 seperjuangan pada hari ini.....layan naik feri sebelum kayuh
Syarul,Shidee,PakSu dan Muli ( Org lama )

Possing kejap dgn Abg yang bertanggung-jawap menjaga
lalulintas di Air Terjun yang tak banyak air dah

Sunday, October 10, 2010

Kayuh tapi tak jalan

Pagi ahad aku plan nak join kayuh pi bukit Langkap tapi atas sebab2 yang tak dapat dielakkan terpaksa tukar plan balik rumah mertua di Taiping...tapi kayuh tetap kayuh cuma tak jalan la pulak gerek aku ni hahaha.....Sorry kawan2 sebab gagal menghadirkan diri untuk kayuhan bukit Langkap pada pagi ahad.
Sekian......Adios
Jarak kayuhan aku kali ni ikut meter 25km....kelajuan average = 3okm


Layan anak2 di rumah mertua di Taiping

Saturday, October 9, 2010

Geli2 Offroad Sg.Seluang

Hari ini aku plan layan trek yang lama aku tinggalkan...kawan2 gelar trek ni trek geli2 jer katanya tak mencabar sangat...Tapi kali ini trek yang dikata tidak mencabar dah advance sikit hasil dari perancangan ubah laluan oleh 3 sahabat Mat,PakSu dan Syarul,laluan yang biasa layan downhill yang panjang kali tukar kepada uphill yang panjang...senang cerita reverse trek...apa2 pun tak kira trek mana pun setiap kayuhan ada kepuasan yang tersendiri.Boleh refer FB atau blog S.A.T untuk melihat kesemua detik kayuhan yang dirakamkan.
Sekian.......Adios
Nampak macam ok jer tapi sebenarnya tengah ambik nafas
panjang sebab baru jer lepas uphill

Amir dok test gerek dan Syarul dok layan hphone sementara
tunggu rakan2 lain layan sarapan pagi

7 riders kesemuanya untuk kayuhan kali ini termasuk aku

Sunday, October 3, 2010

Trek Disebalik Bukit Botak

Seperti plan hari ini aku nk buat kayuhan off road yang pertama selepas ber Hari Raya.Destinasi pilihan pada mulanya adalah bukit botak tetapi akhirnya tidak kesampaian disebabkan alasan-alasan yang perlu diambil perhatian.Kayuhan bermula tepat pada pukul 0900am dan destinasinya adalah trek yang berhampiran dgn bukit botak....jarak kayuhan lebih kurang 25km.Kali ini geng S.A.T hanya ada 2 wakil ( chaon dan paksu ) mungkin disebabkan hujan geng2 lain cancel untuk hadir....no idea ???????
Jumlah riders pada kali ini sebanyak 13 org dan ada diantaranya adalah kenalan baru aku.Kayuhan tamat pada pukul 1100am dan cuaca amat memuaskan.
Sekian.....Adios
Barisan riders pagi ini


Jeff DAN Arip....Sebulan dah tak kayuh sekali dgn aku

Zan,Din dan PakSu sambil menanti rakan2 lain

Arip yang bertugas sebagai rescue lagi hari ini.....membantu rakan yang dibelakang tu ada problem gear....( Mr Jeff )

Sessi sembang2 lepas tamat bukit yang pertama...tukang karutnya adalah Bro AM yang sebelah kanan sekali

OK kita teruskan kayuhan....

Sambil2 tunggu kawan2 lain sampai layan merepek dulu laaa....aksi dari Bro Jeff

Kemalangan yang tak minta.....rider yang duduk tu jatuh semasa layan downhill.Apa2 pun tiada kecederaan yang boleh dijadikan kenangan.....jangan serik kawan

Rehat lagi.....Lie dan aku,sambil tunggu kawan2 yang lain


Tamat kayuhan....macam biasa pekena air kat warung,kelihatan Din dari Permatang Pauh