Sunday, January 16, 2011

JMJ 2011

Tarikh yang dinanti2kan telah tiba.....JMJ11.Seramai 13 riders dari S.A.T berjuang hari ini.
Hari kami semua dapat khidmat lori dari salah sorang ahli S.A.T iaitu Bro Kie untuk membawa semua gerek ke destinasi JMJ11.Tiba di PERWAJA jam 0615am.
Kayuhan bermula jam 0745am seperti yang telah dijadualkan oleh pihak penganjur.Secara keseluruhan event yang JMJ11 rata2 geng S.A.T memberi pendapat yang terbaik untuk permulaan jamboree 2011...sekalung tahniah untuk penganjur JMJ11.Tak ada gambar di trek kali ni sebab terlalu syok layan kayuh.

Sekian....Adios
Antara ahli2 S.A.T sebelum bergerak pulang ke Kulim

Kurang jelas gmbar ni....PakSu,Man dan Akek

Kelihatan Bro Am dan Soairi

Kie dan Zamri


Suasana sebelum JMJ11 bermula

Masing2 pakat2 pekena power stick sebelum flag-off
Cikgu Din tersenyum manja

Zack,Kamil dan adik Hakimi ( anak kpd Kamil ) - Gerek Bukit
Hakimi berjaya tamatkan kyuhan tanpa sebarang masalah baginya...tahniah adik Hakimi.

Arif dan Naset

Pose istimewa dari Naset dan D-One


Betul2 punya lapar ni....

Tamat kayuhan dgn jaya nya


Operasi loading gerek untuk berangkat pulang

Saturday, January 8, 2011

Perang persahabatan 2011

Tinggal kejap cerita kayuh.....kali cerita perang pulak.Date 08/01/2011 aku plan dgn rakan2 tempat kerja layan paintball d carnival s.petani.Seramai 25 org yang berjaya aku dan Hamidi kumpulkan untuk game kali ini.Kali main sampai puas....sebanyak 10k peluru perlu dihabiskan.Game bermula jam 0930am dan berakhir pada jam 1400pm....Setiap seorang merasa menjadi perjuang sebanyak 7 game....memang layan.Selepas ni ada permintaan lagi untuk aku uruskan game paintball ni....semangat perjuang sungguh kawan2 aku ni.Layan la serba sedikit photo yg dapat aku memorikan.

Sekian.....Adios

Para2 perjuang Group 1
Chaon,ManV8,Muhsin,Maheran dan Suhaimi




Sessi taklimat pengunaan senjata dan undang2 game paintball











Sunday, January 2, 2011

Rimba Ulu Paip Rev 3

Pagi 2hb destinasi ke Rimba Ulu Paip lagi...kali ini terjahan yg ke3 buat aku.Pukul 8am sorang demi sorang mai dan akhirnya terkumpul jugak seramai 12 riders MTB yg menyahut cabaran kali ini.Seawal pagi lagi Nazir telah menunjukkan kepakaran nya untuk membaiki gerek D-One yang mempunyai problem brek depan.Setalah semuanya selesai kayuhan bermula tepat pada pukul 9am seperti yg telah dijangkakan.3 kali aku dan 3 rakan SAT memasuki trek ini dan setiap kali kami bersama dgn rakan2 yang baru....bertambah lagi kenalan MTB aku.Kali ini kayuhan bermula agak laju dan ditambah dgn jarak on-road sejauh 8km sebelum memasuki off-road.Jam 11.00am kami mula memasuki rimba ulu paip.Sebelum memasuki rimba ulu paip 2 kejadian telah berlaku.Pertama gerek aku meragam RD patah semasa layan downhill dan nyaris2 jugak ke gaung dan kejadian kedua rakan MTB (AmirNSR)tayar pecah,juga semasa layan downhill.Kedua2 nya berjaya diselesaikan oleh mekanik yang bertugas hari ini dgn pantas.....PakSu,Nazir dan AmirNSR.Sekali lagi kayuhan pecah kepada 3 group apabila memasuki rimba ulu paip dan group yang ketiga sampai destinasi tepat jam pukul 3pm.Apa2 pun diharap tiada riders yg patah semangat untuk mengulangi kayuhan di trek ini.
Sekian......Adios

Barisan riders untuk ke Rimba Ulu Paip

Din Permatang Pauh...pekena power stick dulu


Sessi persiapan

Inilah Nazir....awal2 dah jd mekanik

Tu dia org kuat S.A.T...PakSu buat warm-up,D-One pulak lama dah tak layan kayuh


Ok kami semua dah ready....bila boleh start

Skill dari PakSu


Riders yang berada di group pertama


Bro Am baru nk parking gerek.....mengeluh dia kali ni



Berenti tukar tiup tayar AmirNSR



Fuyo tamatkan kayuhan tanpa guna RD....siapa kah mamat ni



Sedikit view Rimba Ulu Paip


AmirNSR,D-One dan sorang rider rebah akibat krem kedua-dua belah kaki






Rakan2 S.A.T dari versi motorcross yang baru selesai terjah trek SG.Ular