Pagi 2hb destinasi ke Rimba Ulu Paip lagi...kali ini terjahan yg ke3 buat aku.Pukul 8am sorang demi sorang mai dan akhirnya terkumpul jugak seramai 12 riders MTB yg menyahut cabaran kali ini.Seawal pagi lagi Nazir telah menunjukkan kepakaran nya untuk membaiki gerek D-One yang mempunyai problem brek depan.Setalah semuanya selesai kayuhan bermula tepat pada pukul 9am seperti yg telah dijangkakan.3 kali aku dan 3 rakan SAT memasuki trek ini dan setiap kali kami bersama dgn rakan2 yang baru....bertambah lagi kenalan MTB aku.Kali ini kayuhan bermula agak laju dan ditambah dgn jarak on-road sejauh 8km sebelum memasuki off-road.Jam 11.00am kami mula memasuki rimba ulu paip.Sebelum memasuki rimba ulu paip 2 kejadian telah berlaku.Pertama gerek aku meragam RD patah semasa layan downhill dan nyaris2 jugak ke gaung dan kejadian kedua rakan MTB (AmirNSR)tayar pecah,juga semasa layan downhill.Kedua2 nya berjaya diselesaikan oleh mekanik yang bertugas hari ini dgn pantas.....PakSu,Nazir dan AmirNSR.Sekali lagi kayuhan pecah kepada 3 group apabila memasuki rimba ulu paip dan group yang ketiga sampai destinasi tepat jam pukul 3pm.Apa2 pun diharap tiada riders yg patah semangat untuk mengulangi kayuhan di trek ini.
Sekian......Adios
No comments:
Post a Comment