Pukul 6.30am aku sampai ke destinasi kayuhan Alor Setar
Kayuhan kali ini diberi nama Kayuhan Jelapang 2010.
Waktu ni hujan sangat lebat membuatkan aku jadi berbelah-bagi
nak kayuh atau pun tidak...macamana pun setelah membaca ayat
di nombor plate "Tiada alasan untuk tidak kayuh"semangat
kayuh datang balik.
Kali ini hanya 2 orang saja dari Gerek Kulim aku dan Shidee.
Geng yang lain semua simpan tenaga dan jaga kaki untuk
menyahut cabaran HTR Ipoh pada 30/05...Target nak dapat top
ranking la tu kat HTR Ipoh...hehehe
Kayuhan jelapang bermula pada pukul 8.00am dan dilepaskan
oleh Sultan Kedah...menurut penganjur la sebab aku pun tak
nampak siapa yang lepaskan.Jumlah peserta kali ini 400++.
Kali ini best sikit pasal kayuhan bermula dari dalam
Stadium Darul Aman..merasa jugak la kayuh dalam stadium.
Trek Jelapang memang best kalau nak dibandingkan dengan
trek bendang..Jelapang lagi mencabar walaupun tiada bukit.
Tahniah buat pihak penganjur untuk Kayuhan Jelapang.
Sambutan di yang diberikan kepada peserta2 yang
habis kayuhan jugak sempoi...
Aku dan Shidee berjaya menghabiskan kayuhan sejauh
50km dengan jaya nya...walaupun pada mulanya berbelah-bagi.
Sekian...Adios...jumpa di HTR Ipoh pulak
Rizal(Gerek Bukit) dan Shidee..possing sebelum kayuh
Sessi taklimat oleh pihak penganjur
Permandangan yang sempat aku ambil sambil berkayuh
Keadaan jentera aku selepas tamat kayuhan
Shidee menunjukkan bukti tamat kayuhan dgn ranking
Shahrul(Chaon),Shidee dan Rizal(Gerek Bukit)
No comments:
Post a Comment