Wednesday, September 29, 2010
Pengumuman
Bermula dari tarikh 01/10/2010 secara rasminya hampir kesemua ahli Gerek Kulim akan bernaung dibawah Team yang diberi nama S.A.T ( Seluang Adventure Team ).S.A.T adalah team yang menggabungkan semua aktiviti lasak dan sukan permotoran....diantaranya adalah MOUNTAIN BIKE,4 WHEEL DRIVE,MOTORCROSS,DRIFTING dan lain2 lagi.Kesemua perjumpaan akan berpusat di lokasi yang sama.....TAKUMIE WORKSHOP Sg.Seluang....Selamat beriadah semua ahli2 S.A.T
Sekian......Adios
Saturday, September 25, 2010
Pusing2 Pulau Pinang
Tarikh 25/09/2010 seperti yang telah aku rancang dengan D-One untuk sekali lagi layan onroad diPenang.Seperti minggu yang lepas hanya kami berdua saja dan kali ini kami join team Conti Riders.Kayuhan kali ini bermula dari Tg.Bungah-Pdg Kota-Jelutung-Pantai Seagate-Bayan Lepas-Teluk Kumbar-Balik Pulau-Titi Kerawang-Teluk Bahang-Tg.Bungah.Jarak kayuhan kali in sejauh 83.00km ( Pusing Pulau ).Riders yang turut serta pada kali ini adalah aku,D-One,Shidee,Zul,Shahidan,Satri,Zul dan Syawal ( Team Leader ) 8 riders kesemuanya.Memang mencabar minda kayuhan pusing pulau ni tambah2 lagi cuaca panas terik.Aku tidak menghadapi problem kali ini,kayuhan seperti kebiasaan sehingga tamat di Tg.Bungah semula.
Tamat Kayuhan ada jamuan pulak yang disediakan oleh Zul di rumahnya..letih punya pasal layan makan pun tak boleh banyak sangat,apa2 pun terima kasih banyak2 kepada Zul.Sembang2 lepas kayuh dan akhirnya aku sampai rumah tepat pukul 1445pm
Sekian........Adios
Possing di Check point pertama untuk sarapan pagi di Teluk Kumbar
Monday, September 20, 2010
Layan on-road Penang
Date 19/09/2010 aku plan dengan D-one buat kayuhan Tg Tokong ~ Air Terjun Titi Kerawang.Pada hari yang sama jugak kelihatan ramai riders dari team lain yang buat kayuhan...persediaan untuk kayuhan pada tarikh 17/1o/2010 agaknya ( Campaign For A Lane 2nd edition ).Memang puas hati layan on-road kat area ni....semua secukup rasa uphill dan downhill.Next week weekend on saturday plan with others Gkulim members same trek and time.
Sekian......Adios
Friday, September 17, 2010
Sunday, September 5, 2010
Saturday, September 4, 2010
Peronda Malam Edisi 4
Tanggal 04/09/2010 Gerek Kulim sekali lagi membuat kayuhan menuju ke BORR bermula dari Sg.Seluang ( Takumie Workshop ).Kayuhan kali boleh la dianggap melayan aku sebab last week aku tak join kayuhan trip ke BORR ini.Kali ini seramai 7 riders termasuk aku....Chaon,Mat,Muli,Naset,D-One,Shidee dan PakSU.Bermula agak lewat sekitar jam 00.15am kerana menantikan hujan reda sedikit.Jarak kayuhan pada malam ini mengikut meter aku ialah 61km dan purata kelajuan 30km/jam.Berakhir lah edisi kayuhan di bulan Ramadhan yang mana sebanyak 4 edisi yang team Gerek Kulim jayakan dan aku hanya join sebanyak 3 edisi kayuhan pada bulan ramadhan ini.Syabas kepada Team Gerek Kulim disamping menunaikan rukun Islam yang ke 3 kita berjaya jugak mengadakan aktiviti kecergasan fizikal.Kepada semua rakan Gerek Kulim tiada gambar dalam FBook sebab kesilapan teknikal sedikit....terdelete gambar before load....sori kawan2.
Sekian......Adios
Friday, September 3, 2010
Makan lagi - Berbuka puasa di KGC
Hari nie aku dan kawan2 sekali lagi bersama-sama berbuka puasa di KGC dan kali ini anjuran syarikat PALL Malaysia.Kali ini agak meriah jugak suasana berbuka di sini mungkin suasana AidilFitri sudah hampir agaknya....Ucapan Selamat Hari Raya Aidil Fitri buat semua rakan2 yang mengenali aku....Maaf zahir & batin.
Sekian....Adios
Subscribe to:
Posts (Atom)