Sunday, July 18, 2010
Thompson Trail 2010
Tarikh seperti yang dirancangkan 17/07/2010 aku
menyertai kayuhan yang diberi nama Thompson Trail.
Kayuhan dipuncak Cameron Highland ini bermula di sebuah
pekan kecil yang di beri nama Habu.
Aku ke Cameron Highland bersama dgn family secara
tak langsung makan angin sekali laa.
Kayuhan yang bermula tepat pada pukul 0830am ini
memang seperti yang telah dijangkakan,cabarannya
amat menduga mental dan fizikal riders seramai 150 org.
Jarak kayuhan mengikut meter aku sejauh 45km.
Secara kesimpulannya 32km climbing,8km downhill dan
5km jalan yang lebih kurang mendatar jer.
Climbing kalau tak tahan sabar boleh campak basikal.
Downhill pulak memang layan giler sampai cemuih.
Memang kayuhan kali ini berbeza dari kayuhan yang aku
pernah sertai...mencabar giler.
Apa2 pun aku berjaya tamatkan kayuhan tepat pada pukul
1330pm...dan dalam lingkungan no dibawah 50.
Tak banyak gambar ramai2 semasa kayuhan kerana
jarak antara riders amat jauh..sekali sekala jer
jumpa 2/3 orang,so byk gambar permandangan yang
boleh aku anggap sebagai reward kayuhan..memang indah.
Sekian....Adios
Solo ride menuju ke Habu dari penginapan,gambar diambil
oleh anak aku dari dalam keta
Bersama orang kuat yang menganjurkan kayuhan Iskandar
pada Febuary 2010 yang lalu
Ambik angin dengan geng KBSteam & Redflag selepas downhill yang panjang
itupun pasal ada jalan simen sikit...hehehe
Sessi buang lumpur selepas downhill....Aku dan geng KBSteam & Redflag
2 riders KBS team yang sentiasa aku lihat setiap jamboree...
kali ni aku join sekali...memang best geng ni,semua kuat2 belaka.
Bro dari KBS Team
Ambik angin dalam hutan sambil dengar celoteh dari Brother yang
duduk tuuu...cerita kisah mamat yang bernama Thompson.
Jamuan cincau pada KM33...Pian To'kun pulun sungguh.
Sorry kawan tak tau dari mana...tak sempat nak tanya.
Masa kayuh sembang tapi tak tanya pulak nama dan dari mana??
Din dari Permatang pauh...tamat tempat ke 15...kuat kuat
Gambar kenangan dgn Otai dari Penang...Tamat tempat ke 13
tuuu,Caya la abang Otai...
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment