Tuesday, April 13, 2010

Layan Bendang Kepala Batas

Hari ini tarikh 11 April aku dan rakan2 dari Gkulim seramai
12 ahli menyertai Kayuhan Bendang yang dianjurkan oleh
MAJLIS BELIA DAERAH SEBERANG PERAI UTARA.

Tepat pukul 0720am aku berada di Kiosk Bertam...agak lewat
jugak aku sampai hari tu...ku sangkakan aku lah yang paling
lewat rupa2nya rakan2 yang lain lagi lewat.Flog off tepat pukul
0730am tapi geng Gkulim punggah basikal tepat pada waktu tu.
Mula2nya jadi malas dah nak kayuh tapi semangat kawan2
geng Gkulim memulakan kayuhan selepas 20min kayuhan
bermula......Target masa tu memang bersemangat nak ligan
peserta2 yang dihadapan.Pada kilometer yang kedua kami
sekumpulan telah berjaya memotong seorang demi seorang
peserta yang berlepas lebih awal 20min.

Penghulu hari ini bersemangat lebih...dia target nak dapat
kedudukan yang terbaik...makan apa malam tadi pun aku
tak tau.....nak kena urin test nampaknya...Di kilometer yang
ke 15 dia dan Mat mula meninggalkan kelompok kumpulan
Gkulim tanpa menoleh belakang dah....aku mengekori sendirian
juga meninggalkan geng Gkulim yang lain.

3 orang dari Gkulim berjaya sampai destinasi tanpa berenti
walaupun sesaat adalah Penghulu,Mat dan aku....yang lain
dapat info ada makan angin kat bendang....
Macamana pun tahniah kepada semua kerana berjaya menamatkan
kayuhan bendang dengan jayanya dan yang pailing aku raspect
tidak mendapat no tercorot walaupun start lambat 20min.
Kira-kiranya sampai dgn golongan top riders jugak laaaa.

Tahniah.....tahniah.....tahniah...























Gaya penghulu sentiasa melemparkan senyuman























2 Riders dari Gkulim Zamri dan Kie.

























Sessi menunggu cabutan bertuah dan beramah mesra
semua ahli-ahli GKulim
























Tanda check point yang diberi oleh pihak penganjur...

Siapa yang ada anak pempuan memang best....
Kali ni tiada gambar aku..cuma kawan2 jer

Adios...jumpa lagi di kayuhan HTR ( Ipoh Mali )

No comments:

Post a Comment