Wednesday, September 29, 2010

Pengumuman



Bermula dari tarikh 01/10/2010 secara rasminya hampir kesemua ahli Gerek Kulim akan bernaung dibawah Team yang diberi nama S.A.T ( Seluang Adventure Team ).S.A.T adalah team yang menggabungkan semua aktiviti lasak dan sukan permotoran....diantaranya adalah MOUNTAIN BIKE,4 WHEEL DRIVE,MOTORCROSS,DRIFTING dan lain2 lagi.Kesemua perjumpaan akan berpusat di lokasi yang sama.....TAKUMIE WORKSHOP Sg.Seluang....Selamat beriadah semua ahli2 S.A.T

Sekian......Adios

Saturday, September 25, 2010

Pusing2 Pulau Pinang

Tarikh 25/09/2010 seperti yang telah aku rancang dengan D-One untuk sekali lagi layan onroad diPenang.Seperti minggu yang lepas hanya kami berdua saja dan kali ini kami join team Conti Riders.Kayuhan kali ini bermula dari Tg.Bungah-Pdg Kota-Jelutung-Pantai Seagate-Bayan Lepas-Teluk Kumbar-Balik Pulau-Titi Kerawang-Teluk Bahang-Tg.Bungah.Jarak kayuhan kali in sejauh 83.00km ( Pusing Pulau ).Riders yang turut serta pada kali ini adalah aku,D-One,Shidee,Zul,Shahidan,Satri,Zul dan Syawal ( Team Leader ) 8 riders kesemuanya.Memang mencabar minda kayuhan pusing pulau ni tambah2 lagi cuaca panas terik.Aku tidak menghadapi problem kali ini,kayuhan seperti kebiasaan sehingga tamat di Tg.Bungah semula.
Tamat Kayuhan ada jamuan pulak yang disediakan oleh Zul di rumahnya..letih punya pasal layan makan pun tak boleh banyak sangat,apa2 pun terima kasih banyak2 kepada Zul.Sembang2 lepas kayuh dan akhirnya aku sampai rumah tepat pukul 1445pm
Sekian........Adios
Jarak kayuhan - 83km

Possing di Check point pertama untuk sarapan pagi di Teluk Kumbar

D-One buat final check angin tayar di Petronas Tg.Bungah sebelum
memulakan kayuhan pagi ini

Gambar dulu sebelum sarapan pagi di CP 1...Shidee,D-One dan Zul

Shahidan,Shidee dan D-One

Mana air ni tak sampai2 lagi....

Jentera2 yang bertugas hari ini

Bro Roslan dari Teluk Kumbar dan aku...kenal
semasa menikmati sarapan pagi.

Fikir 2 kali sebelum buat keputusan.....hahaha nak naik bas
ker atau teruskan kayuhan.

Fuhh lega dah sampai Air Terjun Titi Kerawang

Jamuan makan di rumah Zul sebelum beransur pulang....
TQVM Zul

Monday, September 20, 2010

Layan on-road Penang

Date 19/09/2010 aku plan dengan D-one buat kayuhan Tg Tokong ~ Air Terjun Titi Kerawang.Pada hari yang sama jugak kelihatan ramai riders dari team lain yang buat kayuhan...persediaan untuk kayuhan pada tarikh 17/1o/2010 agaknya ( Campaign For A Lane 2nd edition ).Memang puas hati layan on-road kat area ni....semua secukup rasa uphill dan downhill.Next week weekend on saturday plan with others Gkulim members same trek and time.
Sekian......Adios

Destinasi Kayuhan

D-One the only one geng Gkulim yg bersama-sama aku layan trek kali ini

Bro Amran sahabat kepada D-One yang bersama join ride kali ini

Dah macam kat Shanghai,China tempat possing kali nie

Friday, September 17, 2010

Selamat Harijadi Nur Aqasyah

3 Syawal bersamaan dgn 12hb anak aku menyambut ulangtahun nya yang ke 4

Saturday, September 4, 2010

Peronda Malam Edisi 4

Tanggal 04/09/2010 Gerek Kulim sekali lagi membuat kayuhan menuju ke BORR bermula dari Sg.Seluang ( Takumie Workshop ).Kayuhan kali boleh la dianggap melayan aku sebab last week aku tak join kayuhan trip ke BORR ini.Kali ini seramai 7 riders termasuk aku....Chaon,Mat,Muli,Naset,D-One,Shidee dan PakSU.Bermula agak lewat sekitar jam 00.15am kerana menantikan hujan reda sedikit.Jarak kayuhan pada malam ini mengikut meter aku ialah 61km dan purata kelajuan 30km/jam.Berakhir lah edisi kayuhan di bulan Ramadhan yang mana sebanyak 4 edisi yang team Gerek Kulim jayakan dan aku hanya join sebanyak 3 edisi kayuhan pada bulan ramadhan ini.Syabas kepada Team Gerek Kulim disamping menunaikan rukun Islam yang ke 3 kita berjaya jugak mengadakan aktiviti kecergasan fizikal.Kepada semua rakan Gerek Kulim tiada gambar dalam FBook sebab kesilapan teknikal sedikit....terdelete gambar before load....sori kawan2.


Sekian......Adios


Dapat maklumat Gerek D-One tayar pecah jadi ambik peluang berehat diarea Kubang Semang

Barisan Gerek untuk kayuhan Sg.Seluang ~ BORR

Pose istimewa dari Shidee dan D-One

Friday, September 3, 2010

Makan lagi - Berbuka puasa di KGC

Hari nie aku dan kawan2 sekali lagi bersama-sama berbuka puasa di KGC dan kali ini anjuran syarikat PALL Malaysia.Kali ini agak meriah jugak suasana berbuka di sini mungkin suasana AidilFitri sudah hampir agaknya....Ucapan Selamat Hari Raya Aidil Fitri buat semua rakan2 yang mengenali aku....Maaf zahir & batin.
Sekian....Adios
Kambing Golek yang menjadi kegilaan semua yang hadir untuk jamuan berbuka puasa di KGC

Sebahagian dari makanan yang berada dimeja aku...makan tak banyak pun tapi ingat kawan2 jer.Biasanya kawan2 akan melicinkan semua pinggan yg ada

Pall Malaysia punya Boss bersama Hafiz dan Azizi